Kalau semua parti kononnya bela Melayu, parti mana yang perlu disokong? Atau Melayu semakin berpecah?

Kalau semua parti kononnya bela Melayu, parti mana yang perlu disokong? Atau Melayu semakin berpecah?

Pengumuman gabungan politik baharu, Gerakan Tanah Air (GTA) oleh Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Tun Dr Mahathir Mohamad telah menimbulkan pelbagai persepsi dan persoalan daripada rakyat terutamanya bangsa Melayu.

Ia sekaligus menyaksikan secara rasminya empat blok parti politik termasuk Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) akan berentap pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang yang kononnya membela nasib Melayu dan Islam.

Berteraskan agenda Melayu dan Islam, gabungan politik baharu itu menggabungkan PEJUANG, Parti Perikatan India Muslim Nasional (IMAN), Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) dan Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA).

Persoalannya kini parti manakah yang harus dipilih oleh orang Melayu kalau semua parti kononnya berjuang memperkasakan bangsa Melayu dan Islam?

Parti mana pula yang bakal mendapat untung besar ekoran perpecahan parti Melayu?

Khamis lalu, Tun Dr Mahathir Mohamad melancarkan gagasan baharu berteraskan agenda Melayu dan Islam dikenali sebagai Gerakan Tanah Air (GTA).

Katanya, nama itu dipilih kerana ia gambaran suatu perjuangan yang cintakan tanah air.

“GTA mengalu-mengalukan penyertaan daripada orang Melayu yang merupakan kaum terbesar di negara ini.

“Orang Melayu percaya mereka memerlukan satu pilihan politik yang lebih baik untuk menguruskan pelbagai masalah yang dihadapi negara,” katanya.

GTA dipengerusikan oleh Dr Mahathir selaku Pengerusi Penaja manakala empat Presiden parti di bawah GTA dilantik menjadi Timbalan Pengerusi.

Ia terdiri daripada Presiden Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA), Zamani Ibrahim; Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA), Datuk Ibrahim Ali; Presiden Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Dato’ Seri Mukhriz Mahathir dan Presiden Parti Perikatan India Muslim Nasional (IMAN), Datuk Mohammed Mosin Abdul Razak.

Bak kata pepatah, jangan jadi seperti tikus membaiki labu sudah!!! Dan tolonglah ahli politik, jangan gadaikan bangsa dan agama demi kepentingan dengan menunggang bangsa dan agamanya sendiri.

Dalam laungan membela Melayu dan Islam, dibimbangi kita semua tersembam di tahah air sendiri, dek kerana tamakkan kuasa dan pengaruh.

Dan jangan pula kita yang mencatat sejarah sebagai penjahanam bangsa.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )