Kalau ikutkan kegagalan PM, nak je desak bubar Parlimen segera!!

Kalau ikutkan kegagalan PM, nak je desak bubar Parlimen segera!!

“Saya belum sampai ke tahap mahu mendesak Perdana Menteri supaya membubarkan Parlimen.”

Demikian respon awal Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Mahiaddin Md. Yasin ketika berkata, PN belum sampai ke tahap mendesak Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob membubarkan Parlimen, walaupun Barisan Nasional (BN) sedang menekan Perdana Menteri supaya Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan segera.

Beliau menegaskan bahawa beliau mengaku terfikir bahawa elok pilihan raya diadakan dengan mendakwa jika Ismail Sabri terus gagal menguruskan ekonomi dan negara dengan baik.

“Jika Perdana Menteri terus gagal mengurus ekonomi dan negara dengan baik, eloklah pilihan raya diadakan supaya sebuah kerajaan baharu lebih cekap, prihatin serta bebas rasuah, dapat dipilih oleh rakyat,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau mendakwa, Perdana Menteri dilihat tidak memandang semua isu yang membelenggu negara termasuk inflasi, kekurangan tenaga kerja dan kemerosotan nilai ringgit, sebagai sesuatu yang penting.

“Setiap kali mesyuarat Majlis Pemulihan Negara (MPN), isu kekurangan tenaga kerja sering dibangkit dan dilaporkan kepada Kabinet. Namun setakat ini, masih belum ada penyelesaian komprehensif dalam isu itu.

“Isu kejatuhan nilai ringgit juga tidak dipandang serius. Perdana Menteri tidak tampil menjelaskan langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan untuk membendung kejatuhan nilai ringgit.

“Malah, dikatakan ini bukan masalah besar. Kononnya, Malaysia tidak berada dalam krisis. ‘As if everything is okay’. Saya tahu tidak semuanya okey di luar sana,” dakwanya.

Muhyiddin mendakwa mungkin kerana itu, terdapat hasil kajian menunjukkan hanya 35 peratus rakyat berpuas hati dengan prestasi Perdana Menteri ketika ini.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )