Kalah semua 125 kerusi, Tun Mahathir sedih, PEJUANG bakal terkubur?

Kalah semua 125 kerusi, Tun Mahathir sedih, PEJUANG bakal terkubur?

Pengerusi Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Tun Dr Mahathir Mohamad, akhirnya membuka mulut menyatakan kesedihan beliau apabila partinya itu tewas pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Katanya, sebagai Pengerusi PEJUANG, beliau sedih dengan keputusan itu, namun tetap menerima pilihan rakyat.

“Pejuang Tanah Air (PEJUANG) yang mengganti GTA kalah dalam PRU15. Saya sebagai Pengerusi PEJUANG sedih, tetapi saya terima pilihan rakyat.

“Saya harap pihak yang menang akan mendirikan Kerajaan Malaysia,” katanya dalam catatan pertama selepas PRU15.

Pada PRU15 Sabtu lalu, GTA yang bertanding menggunakan logo PEJUANG gagal mendapat sebarang kerusi meskipun meletakkan calon di 125 kerusi.

Mahathir sendiri kalah teruk di tangan calon Perikatan Nasional (PN) dengan majoriti 13,518 undi, malah bekas Perdana Menteri itu juga hilang wang deposit apabila sekadar meraih 4,566 undi.

Anaknya, yang juga Presiden PEJUANG, Dato’ Seri Mukhriz Mahathir, serta calon Gerakan Tanah Air lain juga mengalami kekalahan teruk, sekali gus menimbulkan persoalan sama ada parti itu akan terus bertahan sebagai entiti politik selepas PRU15.

Dr Mahathir berkata, mengakui kekalahan PEJUANG di semua 125 kawasan ditandinginya bermakna parti itu tidak dapat berperanan sebagai pembangkang dalam Dewan Rakyat.

Justeru, beliau berkata, segala perancangan diatur PEJUANG untuk negara terpaksa digugurkan dan parti itu akan menyokong pemerintahan yang menang.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )