Ka Siong guna ‘MAFIA’ serah projek KVDT 2 kepada syarikat China

Ka Siong guna ‘MAFIA’ serah projek KVDT 2 kepada syarikat China

Anthony Loke tidak faham kenapa Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong mahu menamatkan projek Landasan Berkembar Elektrik di Lembah Klang Fasa 2 (KVDT 2) yang kononnya diberi oleh Kerajaan PAKATAN HARAPAN menerusi rundingan terus.

Anthony Loke bertanya apakah benar bahawa kontrak itu dibatalkan dan mendakwa Ka Siong pada 14 April, telah meminta firma itu untuk memberikan subkontrak keseluruhan projek tersebut kepada sebuah “syarikat China”

Sekiranya tuduhan seperti ini dilemparkan terhadap mana-mana Menteri dari DAP sudah tentu kami dilabelkan sebagai menjual kepentingan negara kepada China dan memangsakan kontraktor Bumiputera.

Setiausaha Organisasi DAP itu mendedahkan keputusan Presiden MCA itu telah menyebabkan 8,512 pekerja hilang pekerjaan dan memberi kesan negatif kepada 261 syarikat pembekal yang kebanyakannya syarikat Bumiputera.

Malah kata Anthony Loke, Persatuan Kontraktor Bumiputera telah merayu kepada Menteri Pengangkutan dan Menteri Kewangan supaya projek diteruskan. Namun suara mereka tidak didengar di Putrajaya.

Justeru beliau mempersoalkan di mana pejuang-pejuang Melayu dan Bumiputra dalam kalangan Kerajaan PERIKATAN NASIONAL yang tidak memperjuangkan ratusan syarikat Bumiputera ini.

Sementara itu Kesatuan Pekerja-Pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (RUM) menyatakan sokongan kepada Anthony Loke kerana menuntut jawapan dari Kementerian Pengangkutan berhubung dakwaan kontraktor dari China sedang disasarkan berkaitan projek KVDT2.

Pembatalan ini memberi implikasi kepada kelewatan penyiapan projek yang boleh mengakibatkan kerencatan larian tren penumpang sehingga mengganggu pengguna yang menggunakan perkhidmatan perkeretapian khususnya dilembah klang.

Dari sudut keselamatan landasan ianya memberi risiko kepada larian tren yang boleh terjadinya kegelinciran kerana landasan KVDT 2 berada dalam keadaan berisiko.

Menurut RUM pendapatan KTMB juga turut terjejas bilamana penggunaan tren dikurangkan berdasarkan kerja – kerja pembaikan di bawah projek KVDT 2, apatah lagi bila penamatan kontrak KVDT 2 mewujudkan tempoh kelewatan yang melampau berbanding tempoh projek KVDT 2 yang dianugerahkan kepada Syarikat Daya Maju LTAT Sdn Bhd.

RUM juga mengungkit peranan apa yang namakan “MAFIA” yang boleh dikaitkan melalui projek – projek yang sedang diusahakan termasuk projek KVDT 2 sehingga strategi susun atur penamatan kontrak Ketua Pegawai Eksekutif KTMB, Datuk Kamaruzaman Zainal yang tidak berasas tanpa alasan munasabah, kerana tempoh kontraknya selama 2 tahun berakhir pada 21 Oktober 2021.

“RUM juga sedar tujuan cadangan pelantikan Encik Mohd Rani Hisham Samsuddin sebagai Ketua Pegawai Eksekutif KTMB, yang mempunyai agenda tersirat oleh kumpulan yang Rum gelar ‘MAFIA’, untuk rekod Encik Mohd Rani Hisham Samsuddin adalah Presiden KTMB yang menulis surat mencadangkan kepada Menteri Kewangan agar tidak menganugerahkan projek KVDT 2 kepada Syarikat Daya Maju LTAT Sdn Bhd.” dakwa kenyataan itu.

Makluman: Artikel ini tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmi JOMChannel.Net

 

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (1)
Disqus (0 )