Jual tanah UM: PAS tidak logik, tidak hormat sejarah, tidak kenang jasa!!

Jual tanah UM: PAS tidak logik, tidak hormat sejarah, tidak kenang jasa!!

Susulan cadangan Ahli Parlimen PAS, Ahmad Fadhli Shaari supaya tanah yang menempatkan Universiti Malaya (UM) dijual untuk dibangunkan, telah mendapat kecaman Penolong Setiausaha Organisasi DAP Pulau Pinang, Yeoh Soon Hin.

Cadangan beliau supaya dipindahkan sebahagian daripada institusi pengajian di ibu kota Kuala Lumpur, seperti UM ke lokasi lain bagi membolehkan tanah tersebut dibangunkan disifatkan sebagai tidak menghormati sejarah universiti tertua itu.

“UM mempunyai sejarah sepanjang 116 tahun dan telah melakar sejarah dengan mendidik ramai pelajar cemerlang yang banyak menyumbang kepada pembangunan negara termasuklah Perdana Menteri kita.

“Cadangan yang dikemukakan oleh MP PAS tersebut tidak logik dan tidak mengenang jasa sumbangan universiti tersebut, yang telah banyak memupuk bakat negara ini.

“Beliau seharusnya memohon maaf atas kenyataan dan cadangan yang dilontarkan serta sudah sepatutnya dia memberikan cadangan yang lebih konstruktif di Parlimen,” kata Yeoh yang juga merupakan alumni UM.

Untuk rekod, UM merupakan universiti tertua dalam negara yang telah ditubuhkan pada tahun 1905 serta merupakan antara institusi pengajian tinggi terunggul di Malaysia.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )