Jika benar ahli UMNO, Zafrul bohong kepada rakyat!!

Jika benar ahli UMNO, Zafrul bohong kepada rakyat!!

Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fahmi Fadzil, menggesa Menteri Kewangan, Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz memberikan penjelasan berhubung lantikannya sebagai Bendahari Barisan Nasional (BN) Selangor yang baharu.

Ini kerana, sebelum ini Tengku Zafrul pernah menyatakan pendiriannya dengan  menyatakan tidak terlibat dalam mana-mana parti politik.

Menurutnya, semua pihak bebas berpersatuan seperti termaktub dalam perlembagaan namun kejujuran seorang pemimpin itu diperhatikan rakyat.

“Saya ingat beliau rapat dengan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Mahiaddin Md.Yasin. Kalau lantikan (Bendahari BN Selangor) ini betul, Tengku Zafrul perlu beri penjelasan.

“Jika benar Tengku Zafrul adalah ahli UMNO, maksudnya beliau sebelum ini tidak bercakap benar,” katanya

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung lantikan Tengku Zafrul sebagai Bendahari BN Selangor seperti diumumkan oleh Pengerusi BN Selangor, Tan Sri Noh Omar pada Konvensyen BN negeri di Setia Alam, Ahad lalu.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )