Jangan sampai rakyat pulak hukum kita!!

Jangan sampai rakyat pulak hukum kita!!

Belum masanya untuk Parlimen dibubarkan dan diadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) kerana ketika ini, rakyat masih berada dalam kesusahan, tegas Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Menurut Ahli Parlimen Padang Rengas itu, tumpuan, sebaliknya, harus diberikan untuk memulihkan ekonomi negara dan membantu rakyat yang dihimpit kesusahan akibat Covid-19.

“Saya bersetuju kalau nak buat apa-apa untuk kepentingan rakyat bukan parti, tetapi kena ingat buat masa ini kalau kita sebut kepentingan rakyat, maka bukan bubar Parlimen dan adakan pilihan raya.

“Kalau betul nak jaga kepentingan rakyat, kena tengok sekarang rakyat tengah susah sebab Covid-19 masih belum reda dan pemulihan ekonomi masih berjalan.

“Belanja untuk lakukan PRU15 tentulah besar. Kalau PRN (Pilihan Raya Negeri) Melaka pun perbelanjaannya cecah RM45 juta, bayangkan kalau PRU15?

Jelas beliau, seeloknya PRU15 diadakan pada 2023 setelah segala proses bagi membolehkan mereka yang berumur 18 tahun diselesaikan.

“Jadi kita jangan buat sampai rakyat pulak hukum kita kerana ghairah nak adakan PRU15,” kata Nazri memberi peringatan.

Sebaik sahaja BN mencapai kemenangan selesa dalam PRN Melaka pada 20 November lalu, ada pihak yang mahu PRU15 disegerakan.

Antara yang membuat kenyataan mahu PRU15 diadakan segera selepas kemenangan besar BN ialah Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )