Jangan guna nama Agong raih sokongan Ahli Parlimen

Jangan guna nama Agong raih sokongan Ahli Parlimen

PKR menyelar beberapa Ahli Parlimen yang kononnya mendapat ‘restu’ Yang di-Pertuan Agong untuk memegang jawatan di dalam pentadbiran kerajaan Persekutuan.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, mereka yang tidak memegang jawatan kepimpinan utama parti itu sedang berusaha mendapatkan Perakuan Berkanun (Statutory Declaration) bagi meraih sokongan Ahli-Ahli Parlimen untuk tujuan tersebut.

“Sebagai sebuah negara yang mengamalkan prinsip Raja Berperlembagaan, kami percaya bahawa dakwaan ‘restu’ ini adalah tidak benar sama sekali.

“Ini merupakan satu percubaan jelek untuk mendapatkan habuan bagi kelompok tertentu pada ketika negara berada di dalam krisis,” katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Lembah Pantai berkenaan menegaskan PKR mengambil pendirian nama Yang di-Pertuan Agong tidak patut diguna sebagai helah untuk meraih sokongan Ahli-Ahli Parlimen.

Apatah lagi, katanya, apabila sokongan tersebut tidak menyelesaikan persoalan besar tentang hala tuju kepimpinan negara pada masa ini.

 

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )