Itu bukan cara kita!, satukan pembangkang dahulu!!

Itu bukan cara kita!, satukan pembangkang dahulu!!

AMANAH bersedia berbincang dengan mana-mana pihak dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), tetapi pembangkang mesti disatukan dahulu.

Pengarah Komunikasi AMANAH Nasional, Khalid Abdul Samad menegaskan bahawa penyatuan kesemua parti-parti pembangkang merupakan perkara terpenting yang perlu digerakkan ketika ini.

“Sebelum ini orang panggil konsep ‘Grand Coalition’, lepas itu orang panggil Khemah Besar. Tak kisahlah apa pun nama dia, apa yang penting ialah penyatuan pembangkang,” katanya kepada media dalam majlis rumah terbuka AMANAH di perkarangan Stadium Shah Alam, semalam.

Menurut Khalid, Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) telah mengadakan perbincangan beberapa hari lalu ke arah kerjasama antara parti-parti di dalam PH.

Menurutnya perbincangan itu bagi memastikan PH bergerak bersama menghadapi pilihan raya akan datang.

Beliau turut mengkritik sekiranya ada gabungan yang ditubuhkan atas dasar kaum semata-mata untuk melawan kaum yang lain.

“Itu bukan cara kita. Kita nak bersatu dan bersama kaum lain ke arah kebajikan, bukan ke arah perbalahan,” katanya lagi.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )