Isu Vellfire MB Kedah: Ok, kita jumpa di mahkamah! – Mahfuz

Isu Vellfire MB Kedah: Ok, kita jumpa di mahkamah! – Mahfuz

Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor dilaporkan akan memfailkan saman fitnah terhadap beberapa individu yang mengaitkannya dengan pembelian sebuah kenderaan Toyota Vellfire oleh Syarikat Air Darul Aman (SADA) baru-baru ini.

Muhammad Sanusi yang juga Pengerusi SADA berkata, antara pemimpin berkenaan adalah Ahli Parlimen Pokok Sena, Dato’ Mahfuz Omar; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kundor, Dr Ismail Salleh dan dua individu lain.

“Pihak terbabit sepatutnya meminta penjelasan terlebih dahulu, saya sudah melihat tulisan dan siaran langsung media sosial mereka dan peguam saya akan memfailkan kes mahkamah minggu hadapan,” katanya dalam satu kenyataan media.

Sebelum itu SADA menyatakan Toyota Vellfire nombor pendaftaran KEP 5000 yang tular di media sosial dibeli untuk kegunaan rasmi syarikat.

Setiausaha Politik Muhammad Sanusi, Afnan Hamimi ketika mempertahankan pembelian Toyota Vellfire itu mendakwa kerana SADA menjana keuntungan selepas Kerajaan Kedah diambilalih oleh PERIKATAN NASIONAL.

“Tiba-tiba lepas tukar pengurusan baharu, board yang baharu, SADA mula untung. Kos operasi makin rendah. Tiada lagi ‘elaun pelik-pelik’, bawah meja. Semua atas meja.

“Bila dah ada untung sikit, SADA beli kenderaan. Beli Vellfire atau Belpaya. Nak guna untuk urusan travel ke sana ke sini dan bawa tetamu,” ujarnya seperti dipetik Harakahdaily.

Beliau berkata isu VELLfire ditimbulkan kerana pembangkang mahu menyerang Menteri Besar.

“Jadi, apa isu yang sebenarnya? Tak lain tak bukan hanya semata-mata nak attack MB saja. Nak bunuh karakter MB. Buat live, menyumpah seranah maki hamun dengan macam-macam istilah, sebab nak bagi rakyat benci dekat MB. Itu sahaja. Depa geram tengok Kedah ini duduk makin elok makin baik. Tak puas hati sebab jadi makin berjaya,” ujarnya.

Benar. Laporan kewangan SADA 2020 untuk tahun berakhir 31 Disember 2019, yang dibentangkan pada 12 Mei 2020 menunjukkan SADA rugi.

Sudah tentu laporan kewangan SADA bagi tahun ini hanya akan dbentangkan pada tahun hadapan.  Justeru, dakwaan SADA untung oleh Afnan, adalah pra matang, kerana tahun kewangan 2020 belum berakhir.

Benarkah dakwaan bahawa VELLFIRE tersebut model recond 2018 yang nilainya jauh lebih rendah daripada RM345,000? Dalam satu hantaran ringkas di Facebook Mahfuz berkata: “Ok, kita jumpa di mahkamah.”

Makluman: Artikel ini tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmi JOMChannel.Net

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )