Isu subsidi dan sara hidup rakyat, Menteri lembab letak jawatan!!

Isu subsidi dan sara hidup rakyat, Menteri lembab letak jawatan!!

“Umumkan sepenuhnya pelan menangani isu subsidi dan kos sara hidup ini dalam masa 24 jam, sekiranya gagal Menteri yang bertanggungjawab wajib letak jawatan.”

Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) dalam satu kenyataan, berkata mereka tidak akan teragak-agak untuk mengambil beberapa tindakan termasuk mobilisasi massa bersama masyarakat sivil dan mana-mana pihak lain yang ingin bersama bagi menyuarakan kemarahan rakyat.

PH menzahirkan kerisauan dengan perkembangan mutakhir isu kos sara hidup terutama selepas pengumuman Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna semalam bahawa subsidi bagi minyak masak tulen berbotol, serta harga siling bagi telur dan ayam akan dihapuskan mulai 1 Julai.

“Dalam keadaan ekonomi rakyat amat terkesan akibat pandemik COVID-19, kehidupan rakyat bakal bertambah parah apabila harga barang bakal meningkat.

“Ini tidak memberi banyak masa kepada rakyat untuk bersiap sedia menghadapi peningkatan kos sara hidup yang barangkali meningkat berkali ganda,” katanya dalam satu kenyataan.

Kelewatan Majlis Tindakan Kos Sara Hidup Negara (NACCOL) bermesyuarat serta mengambil tindakan tahun lalu, telah beberapa kali diberikan teguran oleh Ketua Pembangkang di Parlimen, namun PH hanya menyaksikan betapa lembabnya tindakan para Menteri dalam menangani masalah kos sara hidup.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )