Isu hina YDPA, laju betul media parti ‘ehem’ bab jatuh hukum

Isu hina YDPA, laju betul media parti ‘ehem’ bab jatuh hukum

Wow!!! Nampaknya, media rasmi parti ehem bersungguh meminta sesiapa yang menghina YDPA untuk dikenakan hukuman yang lebih berat di bawah Akta Hasutan 1948.

Dalam sistem negara yang mengamalkan doktrin Raja Berperlembagaan, apa yang saya belajarlah selama ini, menegur YDPA atau raja bukanlah suatu yang dilarang secara mutlak. Di situlah bezanya antara prinsip “absolute monarchy’ dan “constitutional monarchy”.

Adapun menegur dengan menggunakan bahasa yang tidak sopan atau bahasa-bahasa yang tidak sewajarnya itu saya rasa semua setuju ia adalah tidak wajar. Ia patut dielakkan hatta diandaikan jika tidak ada Akta Hasutan sekali pun. Prinsip Raja Berperlembagaan harus dihormati.

Jujurnya, saya tidak pasti sejauh manakah mereka yang bercakap tentang Akta Hasutan itu benar-benar arif tentang isi kandungan Akta Hasutan – akta warisan penjajah-tersebut.

Saya yang tak pakar ni tahulah sikit-sikit. Sebab pernah jugalah jadi tok loya membela di mahkamah ahli politik yang didakwa di bawah Akta itu (Alhamdulillah menang tanpa client perlu dipanggil membela diri).

Saya juga pernah berbahas di Parlimen sewaktu Akta itu dipinda satu waktu dulu, So, alhamdulillah, adalah buat research sikit-sikit. Tapi memang tak pakarlah.

Media parti ehem yang menyiarkan dua berita ini, saya dok suspek, mungkin depa tak berapa sedaq kot kesan penyiaran kedua-dua berita tersebut.

Kenapa?

Pertama, media itu melaporkan kenyataan yang dikatakan oleh seorang pakar perlembagaan (maaf, jujurnya, saya memang tidak kenal pakar tersebut)  yang meminta Parlimen meminda Akta Hasutan agar diadakan hukuman sebatan.

Jawapan saya, tidak apa nak bagi cadangan hatta mungkin nak minta misalnya hingga hukuman mati sekalipun, katakan, tapi pi lah minta sekali diadakan sidang Parlimen juga. Baru cun dan baru ngam.

Saya khuatir bila kita hanya bagi cadangan seperti itu takut nanti ia jadi macam kes model iklan syampoo rambut yang syor orang ramai untuk beli dan pakai syampoo yang diiklankan demi memastikan rambut kelihatan menawan.. tup tup model itu tak ada sehelai pun rambut atas kepala dia dan masa buat iklan pun dia hanya pakai rambut palsu. Hah kacau!

Yang satu lagi posting pula media rasmi parti ehem pi siar pun satu hal juga. Saya tak pasti apa pasal media tu pi siarkan juga isi ucapan yang dikatakan hasutan itu secara verbatim dalam artikel Dr tu. Ini pun satu hal. Tak ada tok loya nasihat ke?

Jawapan saya, bila media itu pi siar secara verbatim ucapan si pemberi ucapan dalam artikel itu, silap haribulan ia juga mungkin dikira satu “republication of seditious materials”  dan tak pasal-pasal boleh juga dikenakan tindakan di bawah Akta Hasutan? Apapun, saya sangat berharap saya silap!

Katakanlah diandaikan saya tak silap dan ditakdirkan selepas tu, depa pun, entah macam mana kena  pula ditahan di bawah Akta Hasutan. So masih nak minta hukuman sebatan juga ke?

Wallahu a’lam

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )