Panas telinga!!! Isu campur tangan di LGM, respon Hanipa Maidin kepada At-Takiri

Panas telinga!!! Isu campur tangan di LGM, respon Hanipa Maidin kepada At-Takiri

Gini YB ya.

Pertama, baguslah LGM yang di bawah Kementerian YB nafi tu. Cuma YB kena ingat ada next step (tindakan seterusnya). Adakah YB yakin depa akan percaya sekadar penafian dari LGM tu?

Kedua, LGM yang di bawah kawalan Kementerian yang YB jaga itu juga dakwa kenyataan mantan Pengerusi LGM itu adalah tidak tepat.

Sekali lagi YB kena ingat.. La ni depa akan tanya pula, mana satu ni?  TIDAK TEPAT atau TIDAK BENAR?

Saya bawa mai contoh ya. Jika seseorang kata “Saya menafikan saya berhutang dengan anda RM355. Ini contoh ayat nafi tidak tepat bukan nafi tidak benar.

Maknanya, ya, saya memang berhutang dengan anda tapi bukan RM355. Mungkin kurang dari tu, misalnya saya hanya berhutang anda sekadar RM8 atau RM22 sahaja.

Jika mahu nafi tidak benar, kena mai ayat lagu ni YB.. “Saya menafikan sekeras-kerasnya bahawa saya ada berhutang dengan anda apa-apa amoun sekalipun sama ada RM100 atau mana-mana bahagian darinya atau “any part thereof”.

Don’t worry be happy!

Ini adalah antara respon YB Hanipa Maidin berkenaan kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Lembaga Getah Malaysia (LGM) yang kononnya tiada isu campur tangan Khairudiin Aman Razali (At Takiri) dalam LGM.

Kenyataan yang dipetik berbunyi begini seperti yang tersiar dalam Berita Harian Online bertarih 2 Jun 2021: “Kenyataan mantan Pengerusi LGM bahawa Menteri mahukan tempoh pajakan 5+10+10 tahun adalah TIDAK TEPAT. Selain itu, kenyataan bahawa hasil yang boleh diperoleh oleh LGM selepas 25 tahun melebihi RM1 bilion juga adalah TIDAK TEPAT”.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )