Isu air : Kerajaan Kelantan kena ‘basuh’, 30 tahun banyak sangat alasan

Isu air : Kerajaan Kelantan kena ‘basuh’, 30 tahun banyak sangat alasan

Terkini, Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman turut tampil memberi respons terhadap kenyataan Timbalan Menteri Besar Kelantan Dato’ Mohd Amar Abdullah yang menyifatkan dalam tempoh masa yang sangat panjang ini terlalu banyak alasan dan jawapan yang tidak memuaskan berkenaan isu air di Kelantan ini.

“Antara alasan yang selalu kita dengar, UMNO punca masalah bekalan air di Kelantan, isu air Kelantan bukan sebab pemimpin PAS cuai tetapi kerajaan pusat tak bantu Kelantan selesai isu air.

“Paling terbaharu, dikatakan air di Kelantan ini melebihi keperluan dan tak ada tempat nak simpan?” kata beliau.

Justeru beliau berkata Kerajaan PAS Kelantan bukan lagi sebuah kerajaan yang baru mentadbir negeri itu.

“Nak kata negeri Pembangkang, dah jadi sebahagian daripada Kerajaan Pusat dah. Menteri Alam Sekitar dan Air pun adalah Menteri PAS.

“Jadi tak perlu banyak alasan sebegini sebab yang menanggung susah dan masalah air ini adalah rakyat Kelantan juga.

“Jangan abaikan mereka sampai berpuluh-puluh tahun begini. Bekalan air bersih adalah hak untuk semua rakyat Malaysia termasuklah rakyat di Kelantan,” katanya lagi.

Syed berkata, PAS sudah memerintah Kelantan sejak tahun 1990 dan hampir tiga dekad negeri Kelantan berhadapan dengan masalah bekalan air bersih.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )