Ismail Sabri buat lain cakap lain, tak puas hati nama tak naik

Ismail Sabri buat lain cakap lain, tak puas hati nama tak naik

Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Nur Jazlan Mohamed menempelak beberapa pemimpin UMNO yang terus mengeluarkan suara-suara sumbang kerana tidak berpuas hati susulan usul pada perhimpunan agung minggu lalu supaya jawatan tertinggi parti tidak dipertandingkan.

Sasarannya adalah Naib Presiden UMNO Ismail Sabri Yaakob yang juga adalah bekas Perdana Menteri.

“Malah Naib Presiden UMNO sendiri yang juga PM ke-9, buat lain cakap lain. Ketika proses pengundian usul itu dibuat, dia boleh pula berdiri dan sokong tapi bila keluar dewan, dia buat pula sidang media dan mempertikaikannya.

Ismail Sabri pada sidang medianya, Sabtu lalu berkata, kesahihan UMNO membawa dan menerima usul agar tiada pertandingan bagi dua jawatan tertinggi parti boleh dirujuk kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

Menurut Nur Jazlan, tindakan Ismail Sabri adalah kerana dia tidak puas hati sebab dirinya diketepikan daripada tanggungjawab menjaga UMNO negeri-negeri melalui ‘Projek Menteri Angkat’ yang diperkenalkan oleh Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi.

Namanya tiada dalam senarai tersebut di sebalik langkah Presiden UMNO berkenaan memberikan kepercayaan kepada dua Naib Presiden lain.

“Bila Presiden UMNO (Zahid) sebut nama Mohamed Khaled Nordin dan Mahdzir Khalid tapi nama Ismail Sabri tak ada, dia kena terima hakikat.

“Mungkin Presiden sudah hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap beliau asbab macam-macam perkara yang dibuat menongkah arus sepanjang jadi PM dulu.

“Mungkin itulah harga yang dia perlu bayar bila selama ini terlalu mengikut telunjuk Tan Sri Mahiaddin Yasin berbanding arahan parti selama dia menjadi wakil UMNO sebagai PM,” katanya.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )