Islam tolak kerjasama dengan kumpulan haram, berkepala besar

Islam tolak kerjasama dengan kumpulan haram, berkepala besar

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa kerajaan yang terbentuk ketika ini ‘berkepala besar’ bukannya Kerajaan Perpaduan.

Katanya, konsep sebenar Kerajaan Perpaduan adalah tiada pembangkang atau pembangkang terlalu kecil dan tidak bermaya.

“Jika pembangkangnya sangat besar, jadilah kerajaan itu berkepala besar bukannya Kerajaan Perpaduan.

“Jika kepalanya terlalu besar lebih besar daripada jasadnya, maka kemungkinan jatuhnya itu lebih mudah,” katanya dalam catatan di ruangan Minda Presiden.

Menjelaskan lebih terperinci mengenai konsep perpaduan, beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, konsep perpaduan adalah bersatu atas titik persamaan sahaja dan bertasamuh (bertoleransi) dalam perbezaan dan kelainan yang mengikut garis sempadannya.

Menurut Abdul Hadi lagi, sekiranya ciri-ciri berkenaan tiada, maka ia tidak dinamakan sebagai perpaduan.

Malah katanya, Islam menolak daripada bersatu dan bekerjasama dengan kumpulan haram.

“Kumpulan dimaksudkan itu adalah seperti kumpulan perompak yang mengambil harta secara paksaan dan terbuka yang dinamakan juga dengan merampas, melanun di lautan luas dan sebagainya.

“Begitu juga, diharamkan bersama kumpulan pencuri yang mengambil harta secara sembunyi tanpa diketahui dan diizinkan oleh pemiliknya.

“Kemudiannya, disertai oleh kumpulan penipu yang mengumpulkan harta secara menggoda atau berbohong,” katanya.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )