Ini bukan pertarungan proksi

Ini bukan pertarungan proksi

“Pemilihan untuk jawatan Timbalan Presiden antara saya dan Rafizi bukan pertarungan proksi!”.

Demikian kenyataan tegas calon Timbalan Presiden dalam Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2022, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang menafikan bahawa pemilihan antara beliau dengan Rafizi Ramli bagi jawatan Timbalan Presiden sebagai pertarungan proksi.

Beliau menjelaskan perjalanan kempen pemilihan parti berlangsung dengan harmoni dan calon mengambil peluang memperkenalkan diri.

“Ini sekali gus menolak tanggapan setengah pihak bahawa pemilihan itu sebagai satu pertarungan proksi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Muhibah Aidilfitri 2022 anjuran PKR Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), semalam.

Hadir sama, Pengerusi PKR Sabah, Datuk Christina Liew; Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari dan Naib Presiden PKR Tian Chua.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )