Ingat!! Majoriti PM masih boleh dicabar ketika Darurat

Ingat!! Majoriti PM masih boleh dicabar ketika Darurat

Isnin lalu, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dimaklumkan telah memperkenankan tempoh pelaksanaan darurat bermula 11 Januari sehingga suatu tarikh yang lebih awal jika angka kes positif Covid-19 harian dapat dikawal.

Berdasarkan kepada fahaman rakyat dan wakil rakyat, apabila DUN dan Parlimen digantung, majoriti Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak boleh dipertikaikan kerana perlaksanaan Darurat. Ini merupakan satu fahaman yang salah dan perlu diperbetulkan.

Selepas tiga hari Ahli Parlimen Machang dari Umno, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub mengumumkan menarik diri daripada menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz juga mengambil keputusan sama.

Nazri yang juga bekas Menteri Pembangunan Usahawan itu berkata, dengan keputusan yang diambilnya itu, kerajaan PN hari ini hanya memiliki sokongan 109 Ahli Parlimen sahaja daripada 220 ahli Parlimen.

Jadi, di mana majoriti seorang Perdana Menteri untuk sebuah negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen seperti Malaysia.

Peguam kanan, Haniff Khatri Abdulla berkata, Muhyiddin tersilap dalam menerima nasihat dan merasakan dengan pengisytiharan darurat ini akan dapat menyelamatkan dirinya daripada pembuktian hilang majoriti adalah satu kesalahan baginya.

Katanya tiada halangan kepada sesiapa sahaja, dan wakil rakyat perlu faham bahawa sesiapa sahaja boleh mencabar majoriti sokongan Perdana Menteri dan dibawa kepada makluman Yang di Pertuan Agong walaupun dalam tempoh perlaksanaan Darurat.

Rakyat perlu bangkit dan menyuarakan hakikat ini walaupun telah diberikan amaran keras oleh Muhyiddin tentang tindakan yang akan diambil jika ada yang cuba mencabar urusan kerajaan.

Sekiranya sesuatu perkara itu sah di sisi perlembagaan, tiada siapa yang boleh menghalang untuk disuarakan.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan yang diajukan secara langsung oleh Moderator Noor Zawazi Yusof dalam rancangan Bual Bicara Antara Politik dan Undang-undang terbitan JOM Channel malam tadi.

 

Berani Kerana Benar!!

Editor (JOM Channel.Net)

 

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )