IKHLAS bantah kemasukan 500,000 pekerja Bangladesh

IKHLAS bantah kemasukan 500,000 pekerja Bangladesh

Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS) membantah sekeras-kerasnya kemasukan 500,000 pekerja Bangladesh ke negara ini.

Datuk Mohd Ridzuan Abdullah berkata, kerajaan sebaliknya perlu menjalankan pemutihan dengan melaksanakan operasi ‘pembersihan’ pekerja asing sedia ada di negara ini.

Menurutnya, kemasukan 500,000 pekerja Bangladesh akan memberi kesan kepada ekonomi Malaysia sehingga akan menyebabkan ramai pekerja tempatan akan kehilangan pekerjaan mereka.

“Jumlah kemasukan 500,000 pekerja Bangladesh lebih ramai daripada penduduk di Perlis, bayangkan apa akan berlaku pada negara ini dengan jumlah kemasukan pekerja warga asing ini.

“Sehubungan itu, IKHLAS (dan) ada beberapa badan bukan kerajaan (NGO) lagi akan tubuhkan (jawatankuasa) di peringkat negeri, kita akan minta rakyat berhimpun bagi menyatakan bantahan.

“Setiap negeri kita akan berkumpul, kita akan mendesak Menteri Sumber Manusia untuk meletakkan jawatan sekiranya membawa masuk pekerja Bangladesh ini walaupun seorang ke Malaysia,” katanya hari ini.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )