Ideologi MUDA masih samar, penyertaan rakan sekutu PH perlu bersyarat

Ideologi MUDA masih samar, penyertaan rakan sekutu PH perlu bersyarat

Penyertaan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) untuk menjadi rakan sekutu Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) perlu bersyarat.

Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pahang, Ikhmal Zulkifli berpendapat, ini kerana perjuangan dan idealogi Parti MUDA masih samar dan perlu diperjelaskan secara lengkap mengenai hala tuju parti itu terlebih dahulu.

Menurutnya, Parti MUDA dan PSM juga tidak boleh merampas kerusi yang boleh menang yang ditandingi oleh komponen parti PH sedia ada.

“Kita semua tahu Parti MUDA ini adalah sebuah parti baharu, jadi mereka sepatutnya perlu bermula dari bawah dengan menawan kerusi-kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang belum menang.

“Sebagai contohnya, mereka perlu bertanding di kawasan Pantai Timur dan bukannya menumpang atau merebut kerusi yang telah dimenangi PH,” katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Pada 10 September lalu, Majlis Presiden PH menerima permohonan daripada Parti MUDA untuk menyertai PH secara rasmi.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke mendedahkan permohonan itu dihantar oleh Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )