Ia bukan pada masa ini, saya masih Menteri Kewangan

Ia bukan pada masa ini, saya masih Menteri Kewangan

“Saya sekarang masih lagi dengan tugas saya di MoF (Kementerian Kewangan)”

Menteri Kewangan, Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz memaklumkan kini lebih memberi tumpuan kepada tugas dan tanggungjawabnya di Kementerian Kewangan.

Berikutan itu, katanya, beliau tidak memikirkan isu politik pada masa ini.

Ia susulan khabar angin bahawa Tengku Zafrul dikatakan akan bertanding di Parlimen Kuala Selangor pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti.

“Fokusnya ialah isu yang kita sedang hadapi dalam pemulihan ekonomi negara…fokus kepada tugas kita.

“Ia bukan pada masa ini,” katanya ketika ditemui pemberita. Bagaimanapun, beliau tidak menafikan atau mengiakan bahawa beliau akan suatu hari nanti bertanding di Kuala Selangor.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )