Hyundai Motor pindahkan operasi ke Indonesia, labur RM4.02 bilion

Hyundai Motor pindahkan operasi ke Indonesia, labur RM4.02 bilion

Tahukah anda wahai rakyat Malaysia, ekonomi kita semakin teruk. Pelabur asing sudah mula meluat dan jengkel memandang Malaysia yang terumbang-ambing dengan dunia politik kotor dan menjijikkan.

Terkini, Hyundai Motor Corp (Hyundai Motor’s Asia Pasific Regional HQ) yang  telah memulakan operasinya di Malaysia sejak 2015 bakal memindahkan pejabatnya ke Indonesia. Pekerja tempatan telah mula diberhentikan sehingga proses pemindahan operasi selesai sepenuhnya hujung tahun ini.

Dikhabarkan, Hyundai akan membuat pelaburan berjumlah RM4.02 bilion termasuk membina kilang pemasangan kenderaan Hyundai di Bekasi, Wilayah Timur, Indonesia.

Malaysia di mana? Berputih mata dek sibuk berpolitik siang malam, ada yang sibuk berendam dalam dua kolam, ada yang sibuk dengan skandal sana-sini demi percaturan kuasa, ada yang tidak puas hati dengan ghanimah dan jawatan, malah ada yang masih mengatur strategi pengkhianatan.

Terkini, Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melabelkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebagai kerajaan paling tidak stabil dalam sejarah Malaysia. Menurutnya yang juga Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), kerajaan PN hanya memiliki majoriti tiga kerusi sahaja dalam Dewan Rakyat.

“Kalau dua orang ahli Parlimen sahaja lompat masuk Pakatan Harapan (PH) saya ingat kerajaan PN akan jatuh.

“Ini menyebabkan kerajaan tidak boleh tumpu kepada pemerintahan sebaliknya sepanjang masa guna kekuatan untuk pertahan diri supaya tidak jatuh,” katanya pada sidang akhbar di Yayasan Kepimpinan Perdana pada Khamis.

Yang jelas sekarang ini, rakyat bayar gaji buta semua menteri kabinet yang tidak mendatangkan hasil sebutir haram kepada negara. Menteri Kesihatan dan timbalannya masuk gua mana ketika rakyat sedang berhadapan dengan Pandemik Pembunuh? Yang berjuang mati-matian hanya Ketua Pengarah Kesihatan dan anak-anak buahnya.

Paling menarik untuk ditanya, kenapa Perdana Menteri Malaysia tidak mahu bertemu dengan wartawan antarabangsa? Takut terciduk ke? Jadi tidak hairanlah kalau para pelabur lari ke negara lain yang jauh lebih stabil dan menjamin masa depan mereka.

Rakyat akan terus dilanda krisis ekonomi, hilang kerja, hilang sumber pendapatan. Hidup tidak terbela dalam keresahan, ketakutan dan tekanan yang tidak terkawal. Kerana apa? Kerana negara ditadbir oleh pak lebai penunggang agama dan penyangak yang diketuai oleh perompak dan pengkhianat.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )