Husam persoal kenaikan kos pembinaan loji air mini di Kelantan

Husam persoal kenaikan kos pembinaan loji air mini di Kelantan

“Adakah kosnya naik atau dinaikkan? Kalau naik, apa sebab naik? Kalau dinaikkan, kita faham sebabnya?”

Demikian soalan yang dilontarkan Pengerusi Save Kelantan, Datuk Husam Musa ketika mempersoalkan tujuh projek pembinaan loji mini Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) yang telah diperuntukkan sebanyak RM40 juta.

Katanya, projek loji mini itu akan dibina di Teluk Mesira, Jelawat, Wakaf Bharu, Kadok, Kedai Buloh, Meranti Baru dan Ketereh.

Bagaimanapun, pada 7 Mac 2022 pula, Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Pengangkutan Dan Utiliti Negeri Kelantan yang juga Pengerusi AKSB Datuk Azami Mohd Nor dilaporkan berkata sebanyak RM49 juta diperuntukkan untuk membina tujuh loji mini tersebut dengan satu lagi pembinaan iaitu loji mini Telong.

Daripada pernambahan satu loji baharu ini, menurut Husam peruntukan telah bertambah RM9 juta.

“Salahkah kalau AKSB bersikap telus memberitahu rakyat Kelantan kenapa berlaku perbezaan harga itu?” soal Husam.

Sehubungan itu, Husam turut mempersoalkan pelantikan kontraktor untuk projek loji mini ini sama ada dibuat secara tender terbuka atau tender runding dan apa syarat kelayakan bagi kontraktor yang nak dilantik.

Dalam masa yang sama Husam juga persoal apa hasil pembinaan loji mini tersebut dan mengingatkan jangan loji siap, air pula tidak ada.

“Jangan siap, air tak ada macam Loji Kg Telok menelan belanja RM48.3 juta.

“Bila dilakukan secara ‘tender runding’, apa jaminan kontraktor paling layak yang dipilih? Nepotisme boleh berlaku. Macam-macam boleh berlaku, termasuk pengaturan rasuah,’ katanya.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )