Huru-hara politik: Muhyiddin perlu singkirkan Azmin & Hamzah segera!

Huru-hara politik: Muhyiddin perlu singkirkan Azmin & Hamzah segera!

Apa makna Inisiatif Rekonsiliasi Nasional atau Perdamaian Nasional yang kononnya merentas ideologi parti jika meminggirkan KEADILAN pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP yang diketuai Lim Guan Eng?

Perlu diakui, Ahli Parlimen DAP seramai 42 orang, sementara Ahli Parlimen KEADILAN pula 38 orang. Mereka dilantik melalui mandat rakyat yang menghormati sistem demokrasi negara. Bukan melalui tebuk atap, atau lompat parti demi kepentingan diri.

Mereka mewakili sebilangan besar rakyat Malaysia yang membayar cukai yang akan digunakan untuk membiayai Belanjawan 2021. Jangan sesekali dinafikan hak mereka.

Mereka juga terkesan dengan pandemik COVOD-19 sama ada dari segi kesihatan, kehidupan sosial dan ekonomi.

Adakah kalian ingat Kerajaan TEBUK ATAP ini boleh berfungsi dengan baik jika sebahagian besar rakyat Malaysia tidak bekerja atau menjana pendapatan?

Sementara itu, Ahli Dewan Negara, Liew Chin Tong berkata, Muhyiddin Yassin perlu bertindak cepat, sekiranya beliau mahu terus menerajui negara sebagai Perdana Menteri dengan bekerjasama dengan semua pihak termasuk pembangkang dalam menghadapi pandemik COVID-19.

Menurut beliau tindakan itu termasuk menggesa Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dan Dato’ Seri Hamzah Zainuddin meletak jawatan kerana telah mengundang pelbagai ‘huru-hara’ politik di negara ini.

Jelasnya, dua pemimpin itu sebenarnya bertanggungjawab dengan apa yang berlaku kepada kerajaan Muhyiddin pada masa ini, malah tindak-tanduk serta nasihat mereka telah mengganggu proses demokrasi berparlimen.

“Saya sudah cakap sejak sesi Parlimen pada 18 Mei lepas, Muhyiddin sepatutnya berhenti berharap dan percaya bulat-bulat kepada Hamzah dan Azmin.

“Hamzah sendiri seperti tidak faham realiti politik hari ini yang tidak lagi seperti dulu yang hanya berasaskan satu parti politik sahaja,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Beliau mendakwa Hamzah masih lagi cuba berusaha mengembalikan pemerintahan satu parti dengan anggapan Muhyiddin memiliki majoriti dua pertiga di Parlimen.

“Antara Mac sehingga Mei pula, Hamzah cuba membeli Ahli Parlimen dari pembangkang.

“Tidak ramai pun yang menerima pelawaan menyeberang dengan majoriti tipis itu, jangkaan kononnya ramai akan lompat sebenarnya sangat kurang bijak.

“Malah selama lebih setengah tahun, pencapaiannya hanya sekadar Ahli Parlimen Lubok Antu sahaja yang melompat ke sana,” jelas Pengerusi DAP Johor itu.

Makluman: Artikel ini tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmi JOMChannel.Net

 

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )