Hukum agama jadi alat tunggangan raih laba politik, AMANAH Kedah hantar memorandum kepada Mufti

Hukum agama jadi alat tunggangan raih laba politik, AMANAH Kedah hantar memorandum kepada Mufti

Parti Amanah Negara (AMANAH) Kedah, menyerahkan satu memorandum kepada Mufti Kedah, Datuk Fadzil Awang semalam, bagi memohon tindakan Jabatan Mufti Negeri berkaitan resolusi yang dikeluarkan Muzakarah Ulama Kedah sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada November lalu.

Ahli Jawatankuasa AMANAH Negeri Kedah, Ridzwan Abu Bakar berkata, Pejabat Mufti Negeri Kedah diminta mengeluarkan suatu panduan hukum berkaitan salah satu daripada resolusi muzakarah yang menyebut “Muzakarah Ulama pada hari ini sebulat suara bersetuju bahawa gabungan parti politik yang mesti dipilih oleh pengundi pada PRU15 ini adalah Perikatan Nasional”.

“Isu ini perlu dipandang serius oleh Jabatan Mufti kerana selain resolusi itu, muzakarah itu juga melibatkan dua orang Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa AMANAH Pusat berkata, penglibatan mereka boleh menimbulkan kegusaran awam apabila Ahli Jawatankuasa Fatwa dilihat bersikap berpihak dalam isu pemilihan pimpinan secara demokrasi yang dibenarkan dalam Perlembagaan negara.

“Resolusi berkenaan sekiranya diaku terima, ia akan menafikan hak kebebasan memilih dan penyaksian awam dalam proses syura demokrasi,” katanya.

Menurutnya, satu panduan hukum daripada Pejabat Mufti diharap dapat merungkai segala kekeliruan yang telah ditimbulkan oleh segolongan orang agama.

“Ini kerana mereka telah menjadikan hukum-hakam agama sebagai alat tunggangan untuk meraih laba politik,” katanya.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )