Hina pesakit HIV-MB Kedah disifatkan tidak cerdik!!

Hina pesakit HIV-MB Kedah disifatkan tidak cerdik!!

“Kita buat kerja, tiba-tiba terkena kepada pandemik. Ini bukan Aids atau HIV (yang mana) antara penularan HIV ni (dari) seks songsang. Ini haram, tak boleh, dosa,” demikian kenyataan jelek Menteri Besar PAS Kedah Muhammad Sanusi Md Nor

Kenyataan itu mendapat kecaman hebat dan disifatkan tidak cerdik serta tidak dapat diterima oleh masyarakat.

Pakar Perunding Kanak-Kanak di Hospital Pakar KPJ Pulau Pinang, Dr Zaidi Zakaria menyifatkan Sanusi TIDAK FAHAM kritikan keras rakyat ke atas Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi dan Menteri Agama soal kepatuhan SOP COVID-19.

Beliau mengecam sikap Sanusi yang membandingkan COVID-19 dengan pesakit HIV/AIDS sebagai melakukan dosa besar itu AMAT TIDAK WAJAR, bahasa kasarnya ‘mulut celupar’.

Menurut beliau bukan semua yang  menghidap HIV/AIDS itu melakukan zina, seks songsang atau suntikan dadah.

“Menteri Besar cuba TOLONG FIKIR, bagaimana Si-Ibu yang baik, orang yang bertaqwa serta anaknya berumur 1 tahun menghidapi penyakit HIV?

“STIGMA yang difahami beginilah, merosakkan MASA DEPAN pengidap HIV yang  LANGSUNG tidak bersalah, atau TIADA DOSA bagaimana mereka dijangkiti HIV.” ujarnya.

Zaidi menganggap perbuatan Sanusi yang memperlekeh persatuan HIV/AIDS, sebagai AMAT KETERLALUAN, cukup menjengkelkan dan satu penghinaan.

Sementara itu Majlis Aids Malaysia (MAC) melahirkan rasa kecewa dengan kenyataan Sanusi itu.

“MAC khuatir kenyataan tersebut akan mendorong pesakit HIV yang mungkin terdedah kepada COVID-19, menyembunyikan status kesihatan mereka kepada penyedia perkhidmatan kesihatan. COVID-19 sangat bahaya kepada individu yang mempunyai sistem imun ketahanan badan yang lemah,” kata Presiden MAC, Datuk Dr Christopher Lee, dalam satu kenyataan.

Kalau Menteri Besar PERIKATAN NASIONAL pun bercakap tanpa fakta, apa yang dapat kita harapkan tentang kebolehan mereka merangka dasar yang mantap untuk negara?

Makluman: Artikel ini tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmi JOMChannel.Net

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )