Himpunan Bersih 6 jika Undi 18 terus ditangguh

Himpunan Bersih 6 jika Undi 18 terus ditangguh

Ketua Pemuda Pakatan Harapan, Shazni Munir Mohd Ithnin berkata, dengan gerak kerja yang terpaksa dilakukan sekumpulan anak muda semata-mata mahu menuntut kerajaan mengembalikan hak yang dirampas, jelas menunjukkan kerajaan hari ini sedang memperlekehkan kematangan dan kewibawaan mereka.

“Tiada pilihan lain selain terpaksa mengadakan himpunan Bersih 6 jika kerajaan terus menafikan hak anak muda untuk mengundi,

“Jika akhirnya pilihan yang ada hanyalah ‘Bersih 6’, dengan kepatuhan SOP yang ketat – kita yakin ribuan rakyat Malaysia akan kembali ke jalanraya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan seramai 18 orang anak muda yang memfailkan tindakan undang-undang terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Kerajaan Malaysia dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia.

 

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )