HFMD: Selangor akan putuskan sekolah ditutup atau tidak

HFMD: Selangor akan putuskan sekolah ditutup atau tidak

Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari berkata, Kerajaan negeri akan bermesyuarat minggu ini bagi memutuskan sama ada akan menutup atau tidak sekolah berikutan penyebaran penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di kalangan kanak-kanak sekarang.

“(Tutup sekolah atau tidak) bergantung kepada saranan Jabatan Kesihatan Negeri. Dalam bab kesihatan awam terutamanya jangkitan berjangkit, Jabatan Kesihatan Negeri memang ada unit penyakit berjangkit.

“Mereka akan umumkan apa langkah susulan.

“Kita lihat kepada kepentingan berdasarkan laporan. Kalau laporan ada banyak sangat kes, kita akan minta untuk Jabatan Pendidikan turut serta dalam mesyuarat,” katanya.

Tambah beliau, segala laporan yang dikeluarkan adalah dari Jabatan Kesihatan Negeri. Cuma untuk pengawalan bencana dan pandemik, masih lagi di bawah beliau selaku Pengerusi.

Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Sha’ari Ngadiman, berkata trend penyakit HFMD dalam kalangan kanak-kanak di negeri itu meningkat secara berterusan sejak awal tahun hingga kini.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )