Hebat Menteri MITI, 11 daripada 15 kluster baharu adalah kluster tempat kerja

Hebat Menteri MITI, 11 daripada 15 kluster baharu adalah kluster tempat kerja

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan 15 kluster baharu Covid-19. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia membabitkan 11 kluster tempat kerja, tiga berkaitan komuniti dan satu membabitkan pendidikan tinggi.

Kluster itu dikesan di Selangor, Johor, Sabah, Kuala Lumpur, Melaka, Kelantan, Sarawak dan Kedah. Perinciannya seperti berikut:

Kluster Industri Jalan Sijangkang Utama (Kuala Langat dan Klang) dengan 24 kes.

Kluster Industri Sungai Chandong Sembilan (Klang dan Petaling) dengan 13 kes.

Kluster Industri Jalan Anggerik Mokara (Klang) dengan lima kes.

Kluster PLO Perindustrian 65 (Tangkak) dengan 27 kes.

Kluster Tembikar Jalan Johor (Batu Pahat) dengan 20 kes.

Kluster Kampung Choh (Pontian) dengan sembilan kes.

Kluster Jalan Agaseh (Lahad Datu) dengan 15 kes.

Kluster Lorong Satu A (Kota Kinabalu,Tuaran dan Penampang) dengan 10 kes.

Kluster Desa Tun Razak 2 (Cheras) dengan 23 kes.

Kluster Industri Jalan Usaha Merlimau (Jasin) dengan 31 kes.

Kluster Industri Jalan Sepuluh (Kota Bharu dan Bachok) dengan 18 kes.

Kluster Kampung Sebandi Hilir (Lundu) dengan 15 kes.

Kluster Kampung Tabuan Haji Drahman (Kuching) dengan 34 kes.

Kluster Kebayau (Kota Belud dan Keningau) dengan 27 kes.

Kluster Dah Sintok (Kubang Pasu) dengan 19 kes.

Beliau berkata, sebanyak 2,477 kluster dikesan di seluruh negara setakat ini, dengan 766 daripadanya kluster aktif dan 1,711 lagi sudah tamat.

Tahniah MITI, Tahniah Azmin Ali, anda adalah Menteri yang paling ‘berguna dan berjasa’ kepada rakyat Malaysia.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )