Hati-hati para pengendap, anda tidak lagi selamat

Hati-hati para pengendap, anda tidak lagi selamat

Pindaan Kanun Keseksaan (Akta 574) bagi memasukkan perbuatan menghendap sebagai satu jenayah dibentang untuk kali pertama di Dewan Rakyat hari ini memberi amaran keras kepada para pengendap.

Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2022 itu bertujuan memasukkan seksyen baharu 507a ke dalam Akta 574 untuk mengadakan peruntukan bagi kesalahan menghendap.

“Sesiapa yang berulang kali dengan apa-apa tindakan gangguan, berniat untuk menyebabkan, atau mengetahui atau sepatutnya mengetahui bahawa perbuatan itu berkemungkinan menyebabkan, merisaukan, menakutkan atau mencemaskan akan keselamatan orang itu, melakukan kesalahan menghendap,” menurut naskah biru yang diedarkan di Parlimen.

Rang undang-undang itu juga menyatakan sesiapa yang melakukan kesalahan menghendap hendaklah dihukum penjara sehingga tiga tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.

Sehubungan itu, rang undang-undang yang bertujuan meminda Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593) turut dibentang.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )