Hasil padi hilang 30%, mana pergi menteri?

Hasil padi hilang 30%, mana pergi menteri?

Ahli Parlimen Parti Buntar, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof meminta Kementerian Pertanian dan Industri Makanan mengkaji semula kadar potongan bagi pemutuan padi yang tinggi.

“Ramai pesawah khususnya di Parit Buntar terbeban akibat pemotongan yang tinggi tersebut ditambah lagi dengan kos sara hidup kian meningkat.

“Pesawah di sini juga mengalami kerugian akibat serangan padi ‘Bom’ atau bena perang yang memusnahkan padi dalam tempoh yang singkat, ditambah pula dengan kadar potongan jualan padi yang tinggi” katanya ketika bertemu dengan pesawah padi di Parit Mat Ali, Kuala Kurau, baru-baru ini.

Mujahid berkata, pihak kementerian perlu menyelesaikan masalah petani berkenaan.

“Pesawah tidak ada banyak pilihan melainkan mengusahakan padi di tanah tersebut demi menjamin jaminan bekalan makanan kita, maka selayaknya masalah mereka diselesaikan segera,” ujarnya.

Wakil petani, Mohd Rizal Ariffin, berkata kadar potongan sehingga 30 peratus bagi setiap 100 kilogram padi amat merugikan petani.

“Walaupun harga padi naik, tetapi tidak menyelesaikan masalah kerana pemotongan gred padi yang tinggi.

“Kalau potongan gred terlalu tinggi, berapa yang kami dapat setelah menolak kos benih, baja, membajak, racun, sewa dan sebagainya?” soalnya.

Untuk rekod, Menteri Pertanian dan Industri Makanan kini ialah Datuk Seri Dr. Ronald Kiande, dibantu oleh dua Timbalan Menteri, iaitu Datuk Seri Ahmad Hamzah dan Datuk Che Abdullah Mat Nawi.

Kita sangka bila bertambah bilangan yang berada di atas, kerja semakin menjadi efisyen dan hasil bertambah.

Namun apa yang berlaku adalah di sebaliknya. Petani terus dijerut dengan kesempitan hidup. Bukan oleh orang tengah tetapi oleh dasar Kerajaan sendiri.

Kerajaan yang majoritinya dipegang oleh orang Melayu beragama Islam.Inilah namanya Kerajaan KAKISTOKRASI. Kerajaan yang dikuasai oleh Golongan Ruwaibidhah yang tidak tahu membuat kerja.

Inilah yang rakyat nampak. Sejak Kerajaan TEBUK ATAP bertapak. Bilangan Menteri ditambah. Tetapi rakyat semakin susah.

Makluman: Artikel ini tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmi JOMChannel.Net

 

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )