Hari itu bukan main kecoh satu negara JKOM tularkan saya lupa scan MySejahtera – Najib

Hari itu bukan main kecoh satu negara JKOM tularkan saya lupa scan MySejahtera – Najib

“Hari itu kecoh satu negara sebab tular video saya lupa scan (imbas) MySejahtera semasa masuk kedai nasi ayam walaupun saya pakai mask.

“Hari ini pula tular gambar PM8 langgar SOP sebab tak pakai mask di Hotel Zenith, Johor pada 31 Mac 2021. Dia ada scan MySejahtera juga tak?”

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menempelak Tan Sri Muhyiddin Yassin yang didakwa tidak memakai pelitup muka semasa menghadiri mesyuarat Bersatu baru-baru ini.

Najib terus mempersoalkan mengapa Perdana Menteri itu tidak memakai pelitup muka walhal ianya adalah wajib walaupun sudah mengambil suntikan vaksin.

Beliau membangkitkan semula apa yang terjadi sebelum ini apabila dia sendiri terlupa untuk mengimbas MySejahtera ketika makan di sebuah kedai nasi ayam.

Beliau mendakwa ketika itu jabatan propaganda kerajaan yang dikenali sebagai Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) begitu hebat memuatnaik sehingga enam hantaran tentang isu sama hanya kerana mahu menghentam dirinya.

“Page-page (laman) pro-PN JKOM buat 6 posting tentang isu sama untuk kecam saya. Semua media dikawal kerajaan juga membuat laporan berita berkenaan saya langgar SOP.

Kan dah kena setepek dengan Najib. Kepada JKom yang sedang hebat bekerja menjilat dan mengipas, sila baca betul-betul, buka mata luas-luas ya!

Selamat maju jaya!!

 

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )