Harga ayam RM15 sekilogram, bukti kerajaan Melayu Isley ‘bela’ rakyat

Harga ayam RM15 sekilogram, bukti kerajaan Melayu Isley ‘bela’ rakyat

Harga ayam segar dijangka mampu naik mencapai RM15 sekilogram (kg) paras tertinggi pernah direkodkan mulai Julai ini, selepas skim harga maksimum runcit bahan mentah itu tamat akhir bulan ini.

Peniaga ayam berkata, pembekal ayam memaklumkan kos bahan mentah itu kini sedang diteliti semula selepas kerajaan tidak lagi memberikan subsidi kepada penternak mulai Julai nanti.

Katanya, ketika ini peniaga terpaksa menjual ayam segar pada harga RM12/kg berikutan terbeban dengan kenaikan berterusan kos pengangkutan, walaupun skim harga maksimum ayam RM8.90 sekilogram masih dikuatkuasakan.

Sebelum ini katanya, peniaga terpaksa menanggung kos pengangkutan ayam segar bagi setiap kg bermula dengan 50 sen sebelum ia mengalami kenaikan sehingga RM1.50 serta RM1.80 dan terbaharu dinaikkan kepada RM2.20 untuk setiap kg bahan mentah itu.

Pada masa ini kerajaan menetapkan harga maksimum runcit ayam bagi Semenanjung Malaysia untuk ayam bulat standard adalah pada RM8.90 sekilogram dan ayam bulat super (disembelih dan dibersihkan tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal) pada RM9.90 sekilogram.

Sebelum ini, dilaporkan penternak berharap kerajaan mengapungkan harga ayam susulan penamatan subsidi kepada mereka.

Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob berkata berkuat kuasa 1 Julai ini, Putrajaya tidak lagi akan memberikan subsidi kepada penternak ayam.

Dalam pada itu, peniaga berkenaan turut berkata, isu bekalan ayam segar yang berkurangan masih belum selesai sepenuhnya walaupun eksport ayam ke Singapura dilaksanakan sejak awal bulan lalu.

Tahniah kerajaan Melayu Isley!!! Anda benar-benar ‘membela’ nasib rakyat sepertimana yang diteriakkan setiap hari.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )