Hakikatnya PN sudah runtuh!

Hakikatnya PN sudah runtuh!

Timbalan Presiden AMANAH, Datuk Seri Salahuddin Ayub mempertahankan kenyataan yang dibuat pada November lalu bahawa Kerajaan PERIKATAN NASIONAL pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin telah runtuh pada 23 Oktober 2020 lalu.

Beliau berkata apabila Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menolak permohonan Muhyiddin untuk pertama kali bagi mengisytiharkan darurat, secara moralnya beliau dan kabinetnya patut meletakkan jawatan.

Kini, kata Salahuddin seorang demi seorang Ahli Parlimen UMNO sudah menarik balik sokongan terhadap PERIKATAN NASIONAL. Akhirnya PERIKATAN NASIONAL hilang majoriti.

Beliau berkata demikian dalam sesi ‘BICARA SEMASA BERSAMA YB DATUK SERI HAJI SALAHUDDIN AYUB  (SIRI 20) bertajuk “UMNO KEKASIH GELAP BERSATU?” di JOM Channel.

Beliau juga mempertahankan kenyataan di Parlimen:

“Jangan ada politikus yang bergayut di pagar Istana meraih simpati untuk kepentingan diri sendiri”

Kata Salahuddin, apa yang beliau maksudkan bukan seruan untuk membenci  Raja-Raja Melayu atau memberontak.

Kerajaan sekarang dipertikaikan keabsahannya. Mereka menyusahkan rakyat jelata, tegas bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu.

Namun, apabila majlis PAKATAN HARAPAN mengeluarkan kenyataan membantah pengisytiharan darurat, terus melompat agamawan PAS. Kononnya  pembangkang membenci Sultan. Lalu, rakyat ditakut-takutkan jika mati, matinya dalam jahiliah.

Kerajaan PERIKATAN NASIONAL gagal menyelesaikan pandemik COVID-19. Rakyat disusahkan dengan darurat, di samping Perintah Kawalan pergerakan (PKP). Mereka kehilangan pekerjaan apabila syarikat gergasi menutup operasi di Malaysia.

Kerajaan ini juga hasil pengkhianatan mandat rakyat setelah melakukan rampasan kuasa menerusi LANGKAH SHERATON dan keluar parti beramai-ramai. Rakyat menerima musibah isu ‘Daging Import tidak halal, Macau Scam dan pelbagai korupsi di kalangan penguatkuasa.

Malangnya, ketika Kerajaan yang sah ditumbangkan, tidak pula ada agamawan PAS yang menyeru supaya bersabar.  Sebaliknya mereka turut sama bersekongkol memberontak dan merampas mandat rakyat.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )