Hadi sebenarnya cuak, dapat rasa dirinya dibenci UNDI 18

Hadi sebenarnya cuak, dapat rasa dirinya dibenci UNDI 18

“Hanya mereka yang mahu berkuasa dengan matlamat menghalalkan segala cara sahaja akan mendukung prinsip siapa sahaja boleh menjadi calon dan mengundi untuk memenangkannya dalam pilihan raya tanpa mempedulikan akibat daripada langkah yang salah.”

Demikian kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang turut berkata bahawa Islam mensyaratkan soal keahlian dalam melaksanakan tugas tertentu yang mewajibkan iman, Islam dan akhlak sebagai garis panduan dalam mencipta kepimpinan berintegriti.

Katanya pendidikan politik dan syarat-syarat kelayakan mengundi hendaklah digabungkan dengan had umur sebagai satu cara yang bijaksana, matang dan sejahtera bagi memastikan individu yang memilih pemimpin juga mempunyai integriti.

Justeru menurutnya, syarat yang menetapkan kayu ukur umur sahaja tanpa meletakkan syarat-syarat keahlian yang lain terlalu banyak kekurangannya.

“Apakah yang akan berlaku kepada urusan negara dan umat, sekiranya para pemimpin dan pemilihan pemimpin itu tidak diletakkan syarat seorang yang menjaga kewibawaan diri dengan beriman dan berakhlak mulia,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Beliau menjelaskan, dalam Islam, peringkat umur bagi menentukan penunaian kewajipan dibahagikan kepada tiga iaitu mumaiyiz (boleh membezakan baik-buruk), baligh dan al-rusyd (kematangan menilai dan mengurus).

Admin kadang-kadang hairan dengan Haji Hadi ni, minggu lepas mengeluarkan kenyataan bahawa remaja berusia 16 tahun sudah boleh berkahwin dan mampu memikirkan hal rumah tangga, yang berumur 13 tahun sudah boleh mula mendaftar sebagai ahli PAS.

Kalau sudah sampai tahap boleh berkahwin dan mendirikan rumah tangga, maksudnya umur 18 sudah pasti sudah boleh menilai mana yang baik dan mana yang buruk untuk masa depan negara sebagai pengundi.

Atau sebenarnya Presiden PAS ini ‘cuak’? Sudah dapat merasa bahawa golongan yang berumur 18-21 tahun hakikatnya ‘membenci’ beliau dan PAS?

Hakikatnya, siapa yang mahu berkuasa dengan matlamat menghalalkan cara yang disebut Hadi, dan siapa pula yang membuat langkah yang salah? Haji Hadi elok rasanya menepuk dada sendiri, dan sendawa. Banyak sangat angin tu.. angin gila kuasa hasil makan gaji buta.

 

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )