Hadi pentaksub agama, Mahiaddin bangkit isu Kristian, petisyen desak GPS tolak PN dilancar

Hadi pentaksub agama, Mahiaddin bangkit isu Kristian, petisyen desak GPS tolak PN dilancar

Kerana membangkitkan isu Kristian, lebih 23,000 menandatangani petisyen bagi mendesak GPS menolak PN dan komponennya PAS diangggap ‘pentaksub kaum’.

Petisyan dalam talian menggesa Ahli Parlimen beragama Kristian daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS) menolak kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) untuk membentuk kerajaan Persekutuan.

Petisyen di Change.org dilancarkan semalam selepas seorang ADUN Sarawak menggesa GPS menolak gabungan dengan PN dan parti komponennya PAS kerana mendakwa dianggotai “pentaksub perkauman”.

Bekas Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian berkata, Ahli Parlimen negeri itu mesti mengekalkan keharmonian yang wujud dalam masyarakat pelbagai kaum dan agama di Sarawak.

Beliau merujuk kenyataan Pengerusi PN, Tn Sri Mahiaddin Md. Yasin baru-baru ini, yang mendakwa ada usaha untuk “mengkristiankan Malaysia” oleh Pakatan Harapan.

Mahiaddin kemudian menjelaskan ucapannya diambil di luar konteks oleh lawan PN bagi mencemarkan imejnya.

Baru turut mendakwa Presiden PAS, Abdul Hadi Awang menunjukkan dirinya sebagai “pentaksub agama dan kaum” dengan menyalahkan orang bukan Islam sebagai punca rasuah.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )