Hadi minta segerakan PRU, PAS tetap guna logo PN

Hadi minta segerakan PRU, PAS tetap guna logo PN

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) wajar disegerakan bagi membentuk tampuk pemerintahan yang lebih stabil sekiranya kerajaan telah bersedia dan bersetuju untuk membubarkan Parlimen.

Katanya, segala keputusan bagi memberi laluan kepada proses demokrasi negara bergantung kepada keadaan.

“Memanglah pada dasarnya kita bersetuju PRU diadakan sehingga habis penggal.

“Tetapi, jika dalam keadaan yang memerlukan untuk membina kekuatan dalam kerajaan, perlu disegerakan PRU itu. Tengok keadaanlah,” katanya

Dalam pada itu, Abdul Hadi menegaskan, PAS masih kekal menggunakan logo Perikatan Nasional (PN) dalam PRU nanti.

Jelasnya, cadangan Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat supaya PAS bertanding menggunakan logo sendiri adalah pandangan peribadi.

“Itu pandangan peribadi. Sehingga hari ini kita masih memakai simbol PN,” katanya.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )