Hadi disaran undur daripada dunia politik, tumpu dakwah dan agama

Hadi disaran undur daripada dunia politik, tumpu dakwah dan agama

Jawatankuasa Mahasiswa AMANAH Nasional, Ahmad Hadi Waqiuddin, menyarankan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang agar tidak memfitnah Pakatan Harapan (PH) dengan dakwaan PH cuba merungkai Perlembagaan Negara Tentang Agama Islam dan Hak Keistimewaan Melayu.

Ia susulan video rakaman ucapan Abdul Hadi yang mendakwa sewaktu pemerintahan PH selama 22 bulan cuba untuk merungkai Perlembagaan Negara Malaysia seperti mencabar kedudukan Islam dan hak keistimewaan orang Melayu.

Menurut Ahmad Hadi,  kenyataan sedemikian adalah fitnah semata-mata terhadap PH dan seharusnya Abdul Hadi menyedari bahawa dosa memfitnah adalah lebih besar daripada membunuh.

“Beliau seharusnya menyedari bahawa kemenangan PH dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14 yang lalu, bukanlah kemenangan majoriti dua pertiga dalam Dewan Rakyat pun, jadi bagaimana PH didakwa boleh mengubah Perlembagaan Negara.

“Tindakan yang terbaik bagi Hadi ialah mengundurkan diri dari arena politik dan lebih baik beliau hanya memberi tumpuan terhadap aktiviti dakwah dan agama sahaja kerana ia dapat menyelamatkannya dari hanya bercakap yang bukan fakta atau auta dan fitnah sahaja, ” tegas beliau.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )