Had umur tunai umrah dinafikan Arab Saudi

Had umur tunai umrah dinafikan Arab Saudi

Ketua Pegawai Eksekutif TH Travel & Services Sdn Bhd (THTS), Datuk Ahmad Ruzman Ahmad Razali, berkata pihaknya sudah berhubung dengan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi yang menafikan kononnya, ibadah umrah hanya untuk jemaah berusia antara 18 hingga 50 tahun saja.

“Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengesahkan berita berhubung penetapan had umur bagi permit umrah itu tidak benar malah pihak di sana terkejut dengan berita itu kerana dikhuatiri merisaukan bakal jemaah.

“Kami beri jaminan tiada arahan sedemikian dari Arab Saudi dan proses mengerjakan umrah berjalan lancar seperti biasa.

“Jemaah umrah dari luar negara yang sihat, lengkap vaksinasi dan berumur 18 tahun ke atas adalah dialu-alukan kerajaan Arab Saudi,” katanya.

Berdasarkan kenyataan didakwa dipetik dari Kementerian Haji dan Umrah itu, setiap jemaah warga asing juga diwajibkan mengambil suntikan lengkap vaksin COVID-19 yang diiktiraf Arab Saudi.

Selain itu, jemaah perlu mengemukakan sijil vaksinasi yang disahkan secara rasmi untuk mendapatkan visa kemasukan elektronik melalui aplikasi kesihatan Eatmarna dan Tawakkalna di laman sesawang Kementerian Luar Arab Saudi.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )