Guan Eng dan Menteri Takkuarantin bergaduh besar!

Guan Eng dan Menteri Takkuarantin bergaduh besar!

Semua sedia maklum bahawa Khairuddin At-Takkuarantin mengunjungi Turki sehingga 7 Julai lalu. Namun beliau telah berada di Parlimen pada 13 Julai, selain menghadiri pelbagai program lain. Hari ini Turki mencatatkan lebih 329,000 jangkitan dan kira-kira 8,600 kematian kes COVID-19.

Justeru perbuatan Khairuddin itu telah mengundang pelbagai reaksi marah dan kecewa di kalangan aktivis dan rakyat, yang mendesak beliau meletak jawatan. Namun beliau enggan. Kononnya beliau tidak melakukan sebarang kesalahan berhubung tugasnya.

Kini beliau berperang mulut di dalam media sosial dengan, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Ahli Parlimen Bagan itu mempersoalkan, mengapa beliau dan Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok menjadi sasaran Khairuddin sedangkan lebih ramai rakan komponen Perikatan Nasional sendiri yang mendesak agar menteri PAS  itu diambil tindakan.

Guan Eng mendakwa, Khairuddin rasis kerana kedua-dua Ahli Parlimen Pakatan Harapan itu adalah kaum Cina.

“Sebenarnya saya tak minat sama kamu pun. Mengapa pula hanya sebut nama saya dan Teresa Kok? Sedangkan ramai yang mendesak kamu didakwa di mahkamah, termasuk kawan kamu sendiri.

“Jangan berpura-pura tak dengar pula. Mengapa rasis sangat hanya sebut saya dan Teresa semata-mata kerana kami Cina?

“Apa yang kami nak ialah apa yang rakyat nak, iaitu menteri tak kuarantin dihukum macam kerajaan hukum makcik gelang pink.

“Keadilan dan kesaksamaan undang-undang. Tidak lebih, tidak kurang,” tegasnya dalam satu hantaran Facebook.

Terdahulu, Khairuddin memuatnaik hantaran yang menasihatkan Guan Eng untuk memikirkan kes rasuah yang sedang dihadapinya di mahkamah.

“Saya terbaca celoteh uncle Lim Guang Eng. Saya tahu dia dan Teresa sangat berminat dengan saya. Saya rasa baik uncle letakkan tangan di dahi fikirkan kes rasuah di mahkamah yang beliau hadapi sekarang.

“Kes rasuah banglo yang digugurkan oleh rakan baik beliau yang jadi peguam negara sekejap tu, tak payah sebut la sebab semua orang dah tahu. Cuma biasalah kawan-kawan uncle akan diamkan sahaja kerana dia kan macam tokong,” katanya.

Dalam hubungan ini Guan Eng mengingatkan semula Khairuddin agar tidak melepaskan geram dengan cara membezakan antara dua kaum.

“Menteri buat dua darjat, tak kuarantin macam rakyat biasa, tak dihukum macam rakyat biasa dan kini pula nak melepas geram pun antara dua darjat.

“Hanya sebut saya dan Teresa Kok. Cukuplah YB Menteri. Insaflah, rakyat sedang memerhati,”ujar Guan Eng.

Makluman: Artikel ini tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmi JOMChannel.Net

 

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )