Graduan diminta bersyukur gaji RM1,200, gaji menteri RM80,000 sebulan

Graduan diminta bersyukur gaji RM1,200, gaji menteri RM80,000 sebulan

Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng berkata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan dan Menteri Ekonomi Mustapa Mohamed harus malu kerana gagal mematuhi, dan menegakkan seksyen 43 NWCC yang mengenakan denda RM 10,000 kepada majikan bagi setiap pekerja yang tidak dibayar gaji minimum.

Beliau berkata, menteri mesti menolong pekerja menerima dengan gaji minimum atau lebih tinggi, bukan bersikap kasar terhadap pekerja dengan membayar gaji minimum.

Gaji minimum semasa RM1,200 sebulan, dengan kenaikan RM100 setiap tahun dalam jangka masa 5 tahun, ditetapkan oleh Pakatan Harapan untuk memenuhi manifesto pilihan raya 2018 dengan gaji minimum bulanan RM1,500.

Gaji minimum bulanan RM1,500 ditetapkan apabila pendapatan garis kemiskinan Malaysia (PLI) ditetapkan pada pendapatan isi rumah RM980 sebulan.

Mengulas lanjut, Guan Eng berkata, rakyat Malaysia tidak memerlukan menteri yang gagal mengekalkan gaji minimum RM1,200 sebulan dalam masa yang sama meminta para graduan untuk bersyukur dengan pekerjaan yang membayar RM1,000 sebulan.

Dalam derita rakyat, graduan yang berhempas pulas belajar demi segulung ijazah, ibu bapa menjual tanah bendang demi menyekolahkan anak-anak, tapi bila tiba masa, gaji yang diterima hanya RM1,200 sebulan. Sedihnya berada di bumi Malaysia sekarang ini. Miskin sangatkah kita?

Kalau miskin, kenapa gaji para menteri semuanya dikekalkan dan berada di paras tertinggi?

Tahukah anda, gaji bulanan Tan Sri Muhyiddin didapati meningkat sebanyak RM11,000 daripada jumlah sebelum ini iaitu RM104,841.

Manakala, gaji bulanan menteri sumber manusia, M Saravanan  lebih tinggi daripada perdana menteri

Dalam senarai terbaharu ini, selain Saravanan dan Muhyiddin, menteri lain yang tersenarai dalam Menteri PN Dengan Pendapatan Paling Tinggi ialah Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa dengan pendapatan RM87,877 sebulan dan diikuti oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Dr Jeffrey G Kitingan dengan RM85,450 sebulan.

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin pula memperolehi pendapatan bulanan sebanyak RM84,615 sebulan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed dengan pendapatan RM69,427 sebulan.

Manakala Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri – Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (RM79,347), Senator Dato’ Sri Ti Lian Ker – Timbalan Menteri Perpaduan (RM74,547) sebulan, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali– Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (RM71,505), Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali – Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri (RM69,186).

Oleh yang demikian, kenyataan Saravanan dan Mustafa Mohamed adalah sangat menghina, menyakitkan dan sukar diterima rakyat.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )