GPS serah kepada kebijaksanaan YDPA

GPS serah kepada kebijaksanaan YDPA

Gabungan Parti Sarawak (GPS) menyerahkan kepada kebijaksanaan Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam soal pelantikan Perdana Menteri yang akan mengetuai kerajaan yang kukuh untuk mentadbir negara.

GPS dalam kenyataan hari ini memaklumkan kepentingan negara adalah lebih diutamakan dan penubuhan kerajaan yang stabil mengambil kira kepentingan rakyat dan negara melebihi kepentingan peribadi.

“Memandangkan kepada kemelut politik di Semenanjung Malaysia, GPS berpendirian bahawa mandat rakyat hendaklah dihormati,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, GPS telah mengemukakan cadangan untuk menubuhkan Kerajaan Malaysia yang melibatkan penyertaan mereka bersama Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang mewakili kerangkuman masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.

 

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )