Gencatan Politik: Simbol ketakutan Muhyiddin dan Azmin

Gencatan Politik: Simbol ketakutan Muhyiddin dan Azmin

Naib Presiden AMANAH, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof telah membuat analisis yang panjang lebar mengenai Gencatan politik antara UMNO dan BERSATU.

“Gencatan politik adalah satu tanda kesediaan untuk berhenti seketika dari apa sahaja sengketa antara dua pihak yang bertelagah. Dalam hal ini, kenyataan Presiden UMNO, Dato’ Seri Zahid Hamidi difahami merujuk kepada perbalahan UMNO dan BERSATU yang kritikal menanti pecah,” kata Mujahid.

Menurut beliau kedua parti itu berbalah kerana UMNO merasa dirinya ‘dibuli’ parti ‘budak baharu’ yang cuba berlagak macam ‘Abang Long Kawasan’ setelah mendapat kuasa menerusi PERIKATAN NASIONAL.

Perlu diingat, Gencatan politik itu tiada kaitan dengan PAKATAN HARAPAN.

Beliau berkata gencatan politik kerana COVID-19 hanyalah taktik mengalih perhatian, sedangkan secara realitinya keduanya sedang berpolitik untuk tawar menawar posisi dan agih mengagih kuasa sesama mereka.

Senario tersebut ada kaitan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menghadap Yang di-Pertuan Agong, pada 13 Oktober lalu, sambil mendakwa memiliki majoriti.

Jelas ia hanyalah satu taktik agar rakyat lupa tentang  mainan politik rakus dan perebutan kuasa pada Februari lalu yang membawa kepada jatuhnya Kerajaan PAKATAN HARAPAN yang dipilih rakyat.“Hebatnya orang politik meyakinkan orang ramai mereka tidak berpolitik, dengan hanya menggunakan perkataan ‘GENCATAN POLITIK’.

Namun, ia sebenarnya membayangkan ketakutan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Azmin Ali dan Dato’ Seri Hadi Awang jika kuasa yang ada terlucut dari tangan masing-masing.

Salah satu fokus untuk pengurusan krisis COVID-19 ialah menukar PERIKATAN NASIONAL dan seluruh kabinetnya yang telah menjejaskan kepercayaan rakyat kepada usaha kerajaan menangani COVID-19.

Lebih-lebih lagi Belanjawan Negara 2021 akan dibentangkan pada November ini.

Sekiranya belanjawan tidak diluluskan, itu menandakan bahawa ahli parlimen telah kehilangan kepercayaan kepada perdana menteri dan Kerajaan PERIKATAN NASIONAL.

Ditambah dengan beberapa ahli parlimen yang mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Muhyiddin.

Makluman: Artikel ini tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmi JOMChannel.Net

 

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )