Gempar!!! Veteran UMNO dedah konspirasi pungut SD tumbangkan Muhyiddin

Gempar!!! Veteran UMNO dedah konspirasi pungut SD tumbangkan Muhyiddin

Gempar!!! Veteran Umno, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata, beliau difahamkan memang berlaku gerakan memungut tandatangan Akuan Bersumpah (SD) ahli-ahli Parlimen bagi menumbangkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Tapi gerakan memungut SD dari ahli-ahli Parlimen, saya dengar, memang berlaku.

“Buat masa ni, semua anggota Jemaah Menteri PN kita anggapkan tetap taat setia kepada TSMY (Tan Sri Muhyiddin Yassin) sebagai PM mereka,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Kenyataan bekas ahli Parlimen Johor Bahru itu sebagai reaksi terhadap satu kenyataan yang didakwa daripada pihak Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Kenyataan bertarikh 13 Jun yang memberi amaran keras kepada mana-mana pihak yang cuba menggugat kepimpinan PM itu kemudiannya disahkan palsu oleh Ketua Armada Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

Menerusi kenyataan palsu itu, turut disebut tentang “gerakan-gerakan khianat yang secara agresif” sedang cuba menjatuhkan Muhyiddin.

 

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )