Gelaran Mat Sakau untuk ‘Pejuang Melayu’ Najib Razak

Gelaran Mat Sakau untuk ‘Pejuang Melayu’ Najib Razak

Nama bekas Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Razak kini ‘trending’ di Twitter selepas Mahkamah Persekutuan menolak permohonan untuk memasukkan bukti tambahan baharu berhubung pembabitan peranan Hakim Dato’ Mohd Nazlan Mohd Ghazali dengan Syarikat SRC International Sdn Bhd yang dianggap sebagai ‘Ekspedisi memancing’ yang tidak menjadi.

Difahamkan, lebih 20,000 ciapan dihantar dengan kata kunci “Najib” dan “Sungai Buloh” mendahului senarai trending sehingga jam 8 malam di laman media sosial itu menurut laporan NST.

Semalam juga, Panel lima Hakim yang dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat turut menolak permohonan Dato’ Sri Najib untuk menangguhkan rayuan akhir kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd dengan alasan yang kukuh.

Juga dilihat gelaran ‘Mat Sakau’ turut dilabelkan kepada Najib yang disifatkan sebagai ‘Pejuang Melayu’ yang kerjanya menyakau duit rakyat dan dana negara dengan laungan ‘Membela Melayu’.

Selamat maju jaya buat Najib Razak! Rakyat menantikan keadilan dan kebenaran!!!

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )