Gabungan PN dan BN: Tiada kebaikan untuk rakyat, kita ajar di Melaka dulu

Gabungan PN dan BN: Tiada kebaikan untuk rakyat, kita ajar di Melaka dulu

Pengerusi DAP Kedah Zulhazmi Shariff berkata, dengan cara mengundi kesemua calon Pakatan Harapan sahaja yang boleh dilakukan oleh rakyat Melaka bagi mengekalkan kestabilan politik di negeri itu untuk lima tahun mendatang.

“Jika PN dan BN diberi undi, mereka bergabung lagi, tidak mustahil bulan depan, tahun depan, tahun depan lagi, Kerajaan Melaka bertukar Ketua Menteri lagi, tumbang lagi, pilihan raya lagi.

“Dah tak ada kerja lainkah kita hanya perlu melayan karenah kuasa PN dan BN.

“Cukuplah. Kita semua bukan bodoh seperti yang mereka sangka. Kita ajar kebodohan mereka. Kali ini di Melaka, selepas ini di seluruh Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian berikutan kenyataan calon PN di DUN Tanjung Bidara Mas Ermieyati yang yakin tiada gabungan politik yang akan mendominasi pilihan raya kali ini.

Dia yang juga ahli Parlimen Masjid Tanah itu berkata, ini kerana UMNO memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan Bersatu.

Inilah kegilaan PN dan BN di mana mereka boleh bersama di Persekutuan tetapi bergaduh berebut kuasa dan beradu kekuatan di Melaka.

Tambah beliau, gabungan PN dan BN ini bukan gabungan atas semangat kesepakatan untuk kebaikan negeri, negara atau masyarakat tetapi kesepakatan demi kuasa untuk kepentingan politik parti mereka sahaja.

“Tiada apa-apa kebaikan untuk rakyat atas gabungan mereka. Sesama mereka boleh memaki hamun satu sama lain.

“UMNO mencaci PAS, PAS menuduh UMNO tidak bermoral dan ekstrim. Tetapi mereka bersama hanya kerana kuasa, ujarnya lagi.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )