Gabungan gerakan mahasiswa tuntut potongan gaji Menteri, Timbalan Menteri

Gabungan gerakan mahasiswa tuntut potongan gaji Menteri, Timbalan Menteri

Presiden Kesatuan Pelajar Universiti Islam Antarabangsa (KPUIAM), Aliff Naif Mohd Fizam, berkata pembayaran gaji Menteri dan Timbalannya di negara ini dianggap sebagai tidak masuk akal terutama ketika rakyat berdepan bebanan kos sara hidup yang tinggi.

Jumlahnya disifatkan sangat tinggi menjadi antara lima tuntutan yang dikemukakan kepada kerajaan oleh 20 gerakan mahasiswa di seluruh negara bagi menangani situasi kenaikan harga barang yang berlaku secara mendadak ketika ini.

“Dengan jumlah Kabinet yang besar, adalah lebih baik jika Menteri menyahut tuntutan ini dan menunjukkan kebersamaan mereka bersama rakyat.

“Kami juga menuntut bantuan yang bermaruah dapat diberikan kepada semua lapisan masyarakat.

Bantuan sedia ada jelas tidak mencukupi dan tidak dapat mengurangkan beban kos sara hidup rakyat akibat kenaikan harga barangan,” katanya kepada pemberita.

Selain KPUIAM, antara gerakan mahasiswa yang bergabung dalam mengemukakan tuntutan itu termasuk Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM), Angkatan Mahasiswa UM, Republican UKM, Idealis Mahasiswa Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Suara Mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).

Sebelum ini, KPUIAM dan KMUM menyuarakan bantahan berhubung isu kenaikan harga barang dan menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas bagi mengurangkan bebanan rakyat.

Aliff Naif berkata, gerakan itu turut menuntut kerajaan mengekalkan subsidi sedia ada dan tidak mengurangkan sebarang bentuk subsidi yang lain.

“Kami juga menggesa Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengawal harga barangan serta makanan kafeteria dan vendor dalam universiti kerana berlaku peningkatan harga makanan yang mendadak.

“Kerajaan perlu mengambil kira golongan mahasiswa tidak ada pendapatan dan kami turut menggesa pelajar mengambil gambar sebagai bukti kenaikan harga untuk dilaporkan,” katanya.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )