Fawwaz mohon maaf

Fawwaz mohon maaf

Ahli Parlimen Permatang Pauh Muhammad Fawwaz Mohamad Jan memohon maaf berhubung kenyataan yang dimuat naik di Facebooknya yang mendakwa orang kafir berusaha untuk menjatuhkan agama Islam.

Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang itu mendakwa kononnya kenyataan berkenan ditulis dan dimuat naik oleh pengendali laman Facebooknya itu.

“Saya memohon beribu kemaafan di atas kecuaian dan kekhilafan yang berlaku, posting ini tidak berniat untuk menyinggung perasaan mana-mana pihak atau perkauman.

“Posting ini juga bukan daripada YB, tetapi daripada Admin yang bertugas. Kenyataan ini tidak ada kaitan dengan YB Ustaz Fawwaz dan tanpa pengetahuan YB,” kata kenyataan susulan di ruangan komen.

Kenyataan yang dimaksudkan itu berbunyi: “Dalam sirah belum pernah ada sejarah kafir ada keinginan untuk memartabatkan agama mu wahai Muslim, tetapi menjatuhkan agama mu selalu diingatkan dalam al-Quran.”

Kenyataan itu bagaimanapun sudah tidak lagi boleh diakses.

 

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )