Fakta!!! Kumar dibenar cuti 55 hari ke New Zealand sebab Abah Cow sibuk jaga SD

Fakta!!! Kumar dibenar cuti 55 hari ke New Zealand sebab Abah Cow sibuk jaga SD

Tindakan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Santara Kumar mengambil cuti untuk menziarahi keluarganya di New Zealand selama 55 hari mendapat kecaman pelbagai pihak.

Yang sewajarnya mendapat kecaman adalah Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meluluskan cuti beliau itu kerana alasan cuti yang diberikan adalah sangat remeh dan tidak memerlukan sehingga 55 hari bekerja. Semua ini dibuat sebab nak menjaga SD ke? Mati hidup semula Muhyiddin tak akan mengaku.

Persoalan lain yang timbul adalah bagaimana beliau boleh memasuki New Zealand ketika syarat yang dikenakan oleh kerajaan negara pimpinan Jacinda Ardern sangat ketat untuk memasuki negara.

Adakah beliau mempunyai ‘pemestautin tetap’ (permanent residency – PR) sehingga membolehkan beliau memasuki negara itu ketika syarat kemasukan diperketatkan ketika Covid-19 melanda dunia.

Bagaimana seorang timbalan menteri yang belum cukup setahun sudah layak bercuti untuk tempoh itu? Bagaimana timbalan menteri boleh dibenarkan rentas negara ke New Zealand dalam keadaan warga tidak boleh rentas daerah dan rentas negeri sehinggakan rentas rumah pun tidak digalakkan. Dan bagaimana pula timbalan menteri boleh bercuti dalam keadaan negara sedang tenat menghadapi pandemik.

Tahukah anda bahawa New Zealand di bawah Jacinda Ardern diiktiraf sebagai antara negara terbaik di dunia dalam mengawal Covid-19.

Purata harian kes baharu Covid-19 hanya tiga sahaja sekarang ini ketika Malaysia mencecah 2,000 ke 3,000 sehari. Antara sebabnya kerana kawalan yang ketat dikenakan termasuk untuk keluar masuk negara itu.

 

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )