Faizal Azumu membodek, perasan atau nak ‘sedapkan hati’ sendiri?

Faizal Azumu membodek, perasan atau nak ‘sedapkan hati’ sendiri?

Nampaknya Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dah jadi jejaka perasan. Perasan bagus dan perasan menjadi pilihan. Walaupun baru sahaja dimalukan dan dijatuhkan maruahnya sebagai Menteri Besar Perak hujung tahun lalu.

Apa tidaknya, beliau berkata usia parti Bersatu tidak relevan dipertikaikan apabila kehadiran dan kemampuan parti itu kini dapat dirasai serta diterima oleh rakyat di segenap pelusuk negara.

Katanya dalam zaman politik baharu masa ini, istilah ‘parti politik yang baharu setahun jagung tidak boleh menjadi pemimpin’ adalah tidak tepat apabila sesebuah parti mampu memberikan khidmat terbaik untuk rakyat.

Justeru, pemimpin serta ahli Bersatu seluruh negara tidak perlu gusar atau runsing dengan ejekan ‘parti setahun jagung’ sebaliknya terus menjalankan amanah yang diberikan rakyat bagi membela nasib mereka.

Ahmad Faizal juga berkata kononnya dalam usia hanya dua tahun, Bersatu Sabah mampu menjadi Badan Pimpinan terbaik di negara ini dan mampu meletakkan pemimpinnya sebagai Ketua Menteri dengan kerjasama rakan politik parti itu.

Boleh tahan juga perasan si Faizal ni ya. Rasa loya pula tekak admin bila baca kenyataan perasan dan ‘penyedap hati’ bekas Menteri Besar Perak yang digulingkan oleh rakan sekutunya ini.

Mungkin juga ianya bersifat membodek dan mengipas Tan Sri Muhyiddin Yassin. Opss.. jangan lupa pesan kepada Muhyiddin untuk guna nama sebenar ya!

Beliau berkata lagi kononnya kejayaan itu tidak berlaku secara tiba-tiba malah dapat dicapai hasil kerja keras dan budaya politik yang mementingkan kejujuran serta ketelusan dalam membentuk kerjasama politik.

Satu lagi soalan Admin untuk Faizal, kejayaan apa yang datang secara tiba-tiba kalau bukan dengan cara khianat yang dibuat Muhyiddin?

 

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )